Trafik

Kebanyakan pemilik bisnes beranggapan perniagaan internet ialah membina laman web kemudian menunggu trafik datang dengan sendiri, malangnya ia tidaklah semudah itu.

Untuk memastikan laman web anda berfungsi dengan baik, ia perlulah mempunyai rancangan pemasaran yang komprehensif. Itu tidaklah bermakna anda perlu mengeluarkan belanja ribuan ringgit untuk agensi pengiklanan! Anda boleh melakukan semuanya dengan sendiri.

Kali ini, saya akan kongsikan betapa pentingnya TRAFIK. Bukan sahaja TRAFIK malah ia perlu TARGETED!
Atau dalam bahasa mudah kita sebut TEPAT ke sasaran.

Jika anda nak bisnes anda makin meroket, jualan tak pernah surut, permintaan sentiasa tinggi, bisnes anda bertahan lama, maka WAJIB lah anda tarik TRAFIK sekarang!

Tapi masalahmya, di mana nak cari trafik yang targeted??

Jawapan mudah saya, carilah di laman web paling popular di dunia. Laman paling ramai orang lepak. Apa dia? Contoh Facebook, YouTube, Google, Instagram dan lain-lain.

Dengan mudah anda boleh tarik 1000 2000 5000 10 000 trafik ke landing page anda.

Tapi Bagaimana caranya??

Tunggu post saya akan datang!

 

 

RAHMAT

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *