Rahsia Squeeze Page

Hai.

Semalam saya ada cerita apa pentingnya Minisite ni.. Hari ni saya nak cerita sikit apa fungsi Squeeze Page.

SQUEEZE PAGE

Squeeze Page atau Landing page adalah gerbang pintu masuk trafik yang telah kita sasarkan. Ia mengandungi Opt In Form di dalamnya. Ini lah tools marketing teknik mendapatkan Targeted Prospek kita.

 




Jika kita bisnes tudung, kita bawa masuk prospek yang minat tudung,
Jika kita bisnes kambing, kita bawak masuk bakal pembeli kambing, Jika kita bisnes jam, kita bawa masuk peminat jam.

 

Bawa masuk ke mana? Kita bawa masuk ke dalam sistem database kita melalui Opt in Form di Squeeze Page. Haa paham ke idak ni….

Sistem itulah nanti akan memperkenalkan branding kita, dan mempro-mosikan bisnes kita secara autopilot. Mudahkan?


Faham ke faham?

Kita dah faham bahawa Database is KING!

(Jika anda berbisnes dan masih belum ada database, saya tak faham mengapa?)

Jangan buang masa lagi, simpan database prospek anda sekarang.

Database adalah ASET dalam bisnes. Tapi macam mana nak tarik Prospek yang minat dengan produk kita?

Macam mana nak simpan database prospek supaya kita boleh promot berkali-kali?

Jawapannya adalah, gunakan lah Squeeze Page.
Jika anda perasan Air Asia pun ada simpan database pelanggan mereka melalui sistem auto emel. Sekali-sekala Air Asia akan send emel promosi mereka pada kita. Emel dihantar melalui sistem yang disebut, Sistem Autoresponder. Mereka jimat berkali ganda kerana dapat mempromosikan servis mereka berkali-kali tanpa perlu mengenluarkan kos yang besar setiap kali ada offer istimewa.
HEBAT BUKAN?

Itulah best dan hebatnya Perniagaan Internet. Semuanya di hujung jari anda.
Sebab tu semua usahawan wajib guna Squeeze Page ni.
Ini gambaran bagaimana ia berfungsi ;

Trafik >> Prospek Yang Minat >> Squeeze Page >> Database System >> Emel Promosi >> Web jualan >> Sales

 

Nampak tak jika kita susun dan setting semuanya dengan betul, prospek akan membeli dengan mudah, kita juga akan menjual tanpa perlu menunggu dan berada depan pc atau nak melayan wasap yang masuk bertalu-talu. Semuanya sistem beb.  🙂

 

Kalau anda tak nampak lagi kehebatan dan kepentingan
Squeeze Page & Minisite ni saya pun tak dapat nak bantu dah.
Jika anda nak saya ajar bina Minisite dan Squeeze Page ni, boleh cari Group FB saya, The Power of System Online Marketing dan klik join.

Jumpa lagi.

Rahmat Md Noor
Usahawan Internet Profesional
Sazul Rich Solution

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *