Rahsia Minisite

Salam hormat.

Hai.

Apa khabar?

Pernah tak ada masalah customer atau prospek selalu minta diskaun? Sepuluh orang prospek, sepuluh-sepuluh mintak diskaun. Betul tak? Biasanya, yang mintak diskaun ni, yang close sale melalui wasap atau fb messenger.

Tapi yang geramnya bukan semua beli pun.  So, macam mana kita nak buat? Apa penyelesaian?

Sudah pasti ada penyelesaiannya.. Jawapannya adalah, gunakan kaedah TERBAIK, iaitu,

MINISITE

Gerenti yang beli melalui minisite tidak akan tanya mengenai diskaun.

Mereka akan ikut je harga yang kita letak dalam tu.

Tiada ruang untuk bertanya, kerana kita fokus pada produk tersebut.

Tiada ruang untuk bertanya kerana kita fokuskan mereka hanya pada harga yang dinyatakan sahaja.
Prospek pun fokus untuk dapatkan produk pada harga yang ditetapkan.
Simple.

Sama lah macam Lazada, Shopee, dan lain-lain tu. Mana ada orang mintak diskaun. Betul tak?Oleh itu buat usahawan semua, jangan abaikan kepentingan minisite sebagai Sales Letter untuk maksimakan jualan anda.

  1. Melalui minisite lah kita tarik database prospek.
  2. melalui minisitelah kita kumpul database prospek.
  3. Melalui minisite lah kita berikan bonus-bonus kita.
  4. Melalui minisite lah kita automasikan bisnes kita.
  5. Melalui minisitelah kita terima bayaran produk kita.

Nampak tak macam mana Minisite ini adalah KILLER SYSTEM yang dah jana jutaan malahan berbillion ringgit sejak ia mula diperkenalkan di Malaysia.

Mengapa taknak guna?

Susah ke nak buat sendiri website ni??

Kalau betul-betul fokus, dan tau caranya, senang je sebenarnya.

Tak perlu pening-pening kepala nak upah. Mahal tau upah orang buat ministe ni. Bazir duit jer

Jimat wang, jimat masa. Ruginya tak belajar.

Sekian.Jumpa lagi.

RAHMAT MD NOOR

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *