Minisite & Squeeze Page

Hai. 
Saya direct to the point. Apa kepentingan Minisite?

Tapi sebelum tu kita mesti tau apa dia Minisite?

 

MINISITE

 

Ia bermula di negara luar seperti US, Kanada, Jerman, Britain sejak lebih 20 – 25 tahun dahulu.

Namun ia mula popular di negara kita lebih kurang 10 tahun lepas.

Dah lama sebenarnya. Tapi masih ramai lagi yang belum tahu apa dia Minisite?

Apa kegunaan dan kepentingan Minisite?

Bagaimana Minisite dapat membantu bisnes kita ke arah lebih sistematik dan teratur. Malah boleh diautomasi sambil kita bergi bercuti.
Ok untuk lebih mudah, lihat di bawah. Lihat bagaimana ia berfungsi;

Trafik >> Prospek >> Minisite >> Info Produk >> Button CTA >> Payment Form

(Dari trafik menjadi prospek, kemudian masuk ke Web, Tekan Butang Call to Action, terus ke Borang Pembelian)

Nampak tak jika kita susun dan setting semuanya dengan betul, prospek akan membeli dengan mudah, kita juga akan menjual tanpa perlu menunggu dan memantau.

 

Semuanya sistem. Best kan??  🙂

 


Tapi bagaimana pula nak datangnya trafik dan prospek??

Kalau ada laman web jualan hebat pun, kalau tiada Trafik dan Prospek, alamat bungkus la bisnes.

 

Di sini lah pentingnya Squeeze Page.

Tunggu esok! Saya akan terangkan pula gambaran sebenar bagaimana sistem Squeeze Page ini.

 

Rahmat Md Noor
Usahawan Internet Profesional
Sazul Rich Solution

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *