Borrow Power

Hai..

Dah lama saya tak menulis di blog ni. Saya banyak menulis di group saya je sampai terlupa nak menulis di sini.

Ok lah. Hari ni saya nak share mengenai satu teknik ni yang saya sendiri guna dan boleh la buat tambah-tambah income.

Teknik apa tu?

Teknik ini bukannya teknik baru. Ia satu teknik yang dah ramai guna sebenarnya.

Ia mengenai kepakaran orang lain yang kita gunakan untuk dapatkan hasil. Hehe. Menarik tak?

Ialah kadang-kadang ramai student yang hadir kelas saya mengadu dan merungut. Mereka kata tiada idea dan tiada kepakaran untuk hasilkan produk digital sendiri.

Haaa.. idea ini memang sesuai sangatlah untuk anda yang macam tu.

Tapi bukan untuk orang yang tiada idea dan kepakaran sahaja, saya sendiri gunakan walau saya dah ada produk digital sendiri.

Caranya anda pilih sesiapa sahaja yang layak dan sesuai berdasarkan kepakaran mereka.

First, senaraikan nama-nama mereka.
Tak kisah dalam apa jua niche dan bidang. Tak semestinya dalam internet marketing. Ada banyak lagi bidang dan individu yang pakar di luar sana untuk anda pilih.

Contoh; Artis, Doktor, Pemuzik Profesional, Guru, Pakar kanak-kanak, Pelakon, Pengarah filem dan banyak lagi yang boleh.

Bila anda dah pilih bidang/niche yang sesuai dengan anda, sekarang anda hubungi mana-mana individu yang boleh diajak Joint Venture (JV)

Jika sorang tak dapat hubungi sorang lagi sampai dapat.

Ok saya pilih satu niche ye.. sebagai contoh.

Saya pilih Guru. Ok saya hanya perlu cari mana-mana guru yang saya kenal atau boleh berurusan dengannya.

Dalam kes ini isteri kawan saya adalah seorang Guru Kanak-Kanak Istimewa (khas).

Saya akan hubungi dan bincang mengenai Projek JV dengan dia.
Apa yang perlu saya cakap??
Saya cakap la yang saya nak buat produk digital ebook.

Tajuk dia mengenai 20 Teknik Penjagaan dan Pendidikan Awal Anak-Anak Istimewa.

Wahhh… bezz ni.. tak ada lagi yang buat rasanya. Saya dah bagi idea pada anda dah ni…

Pendekkan cerita, dia pun setuju. Saya hanya perlukan maklumat dan info mengenai 20 teknik-teknik tersebut dari dia. Alaa bayaran kowtim la. Bincang elok-elok. Kalau ada bayaran saya rasa jarang orang akan menolak idea JV ni.

Then, lepas dia dah siapkan dalam masa 1 bulan contohnya, kita pun olah la ayat dia jadikan sebuah ebook lengkap yang sesuai untuk dijual.

Nah! Sekarang anda dah ada 1 ebook yang POWER untuk dijual. Saya rasa ramai ibu bapa yang mempunyai anak-istimewa akan cari ebook seperti ini. Sebab di pasaran memang tak banyak. Apatah lagi dalam bentuk ebook yang senang dibaca ni.

So, apa lagi tunggu, anda dah boleh siapkan Sales Funnel 5 Angka untuk jual ebook ini ke seluruh negara.

Jika anda jual 1 ebook dengan harga RM60, anda perlukan 100 pembeli untuk dapat RM6000.

Itu baru JV ebook. Anda boleh kembangkan lagi income anda dengan buat kelas tusyen pula.

Anda buat marketing. Buat kelas tusyen khas untuk pendidikan awal anak-anak istimewa ni. Ambik Cikgu tadi tu sebagai Guru Tusyen.

Kata la anda kenakan yuran RM150 seorang. Pelajar yang register kelas tusyen anda ada seramai 20 orang. RM20 x RM150 = RM3000.
(anggaran di atas hanya contoh shj)


Anda sekarang dah ada income tambahan sebanyak RM9000 / bulan.

Anda tidak perlu jadi pakar, tidak perlu ada idea nak buat ebook, hanya gunakan kepakaran pihak lain.

Contoh lain, adalah pemuzik profesional.
Anda boleh buat JV dengan pemuzik profesional tu mengenai 20 Teknik Pantas, Asas Main Gitar misalnya.

Lagi bezz.. jika pemuzik tu adalah seorang selebriti yang ada nama. Bekas pemain gitar utama Kumpulan Search ke… kumpulan Mega ke.. apa-apa kumpulan lah… Lagi la ada kredebiliti anda punya marketing dan bisnes yang anda promosi tu.

Nampak tak apa yang saya share ni?? Faham ke faham??


Inilah dia teknik BORROW POWER!

Anda bijak ambil peluang, anda KAYA & BERJAYA!


Ikhlas,

Rahmat Md Noor


***
Jika anda suka apa yang saya share anda boleh kongsikan dan viralkan sebanyak mungkin untuk mendapat pahala membantu dan memberi manfaat pada orang lain.

18 total views, 1 views today

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *