Bisnes Affiliate: Bagaimana Nak Mula (Siri 2)

      No Comments on Bisnes Affiliate: Bagaimana Nak Mula (Siri 2)

Hai, Salam Jumaat.

Hari ni hari yang paling berkah jika nak bersedekah. Bukan bermakna hari lain takde berkah, tapi Hari Jumaat Penghulu segala hari. Sudah pasti pahalanya lebih besar… Tak caya tanya ustaz… 

Ok hari  ni saya nak bersedekah ilmu kepada rakan-rakan semua. Tajuk hari ni adalah mengenai perniagaan internet yang mampu dilakukan sesiapa sahaja hanya dari rumah secara Part Time.

Bisnes Affiliate

 

Bisnes Affiliate ni mudah dilakukan secara ‘nyambil-nyambil’ je di rumah. Apa kelebihan bisnes affiliate ni bagi mereka yang bekerja?

  • Mudah dibuat (hanya dari rumah)
  • Tanpa modal
  • Tanpa kedai
  • Tak perlu pos
  • Tak perlu simpan stok
  • Tak perlu ada produk sendiri
  • Tak perlu pening fikir nak jual apa
  • Tak perlu fikir nak buat produk apa
  • Tak perlu nak buat web jualan
  • Tak perlu nak buat copywriting
  • Semua dah ready 

Pendek kata semua dah sedia untuk kita jual je terus. Apa yang saya sebutkan di atas kebanyakkan owner produk telah siapkan. Atau anda sendiri perlu pilih jual produk Affiliate yang owner produk dah siapkan semua tu.


Komisen?

Komisen ni berbeza-beza mengikut owner. Ada yang beri 50% komisen. Ada juga yang beri 70% pun ada. Ada juga yang beri bawah 50%. Tapi nasihat saya,carilah produk Affiliate yang berikan komisen 50% dan ke atas. Selalunya memang owner akan beri 50% lah. 

Jom Kira Komisen

Berapakah anggaran pendapatan yang anda mahukan?
Kata lah anda perlukan RM3000 sebagai pendapatan sampingan anda.

Jom kita kira;

1 Produk = RM140.00
1 Jualan = Komisen RM70 (50%)

Anda perlukan RM3000 sebulan bermakna anda perlu jual sebanyak 45 unit sebulan. 

45 unit X RM140 =  RM6300
RM6300 / 50% komisen = RM3150

RM3150 ini lah komisen anda.

Anda hanya perlu jual sebanyak 45 unit jer sebulan, 
Sehari 1-2 unit sahaja anda perlu jual.

Mudah ke Mudah? 

Jika anda dah mahir menjual, lama-lama ia akan menjadi mudah buat anda menjual 50 unit, 80 unit, 100 unit sebulan.

Bagaimana Komisen dikira?

Dalam Program Affiliate, setiap agen affiliate akan diberi laman khas yang ada link promosi produk berkenaan.

Link Affiliate anda itulah yang anda harus promosikan ke mana-mana ‘ceruk’ dan ‘lubuk’ di internet.

Setiap jualan yang terhasil dari link produk yang anda promosikan itulah akan dikira untuk komisen anda.

Bagaimana Nak Mula?

Step 1 : Anda harus cari mana-mana program affiliate digital produk yang ada beri komisen 50% atau lebih.

Step 2 : Anda register (percuma jer). Masukkan maklumat peribadi dan akaun bank anda untuk tujuan bayaran komisen.

Step 3 : Dapatkan link Affiliate anda dalam akaun affiliate selepas anda register.

Step 4 : Promosikan link Affiliate anda tu. Sebaiknya hasilkan back link bukan direct link untuk promosikan link anda tu.

Step 5 : Tengok laman akaun affiliate anda berapa unit telah terjual di bawah link anda. (Sistem akan rekod data secara automatik)

Step 6 : Terima komisen.

Tapi ingat, produk Affiliate bukan hanya produk digital, ada juga produk fizikal. Tapi kebanyakannya adalah produk digital.

Bisnes Affiliate bukan macam bisnes dropship. Dropship lain. Dropship lebih kepada produk fizikal dan perlu penghantaran barang oleh owner produk dropship tersebut.

Affiliate lebih kepada digital produk dan tidak perlu susah payah nak hantar barang dan sebagainya.

Sebab itu lah saya amat sarankan anda buat bisnes affiliate ni sebab ia amat memudahkan anda.

Untuk Siri ke 3 nanti,saya akan share di mana nak cari produk-produk affiliate yang boleh anda sertai dan daftar sebagai agen.

Ada banyak tempat yang anda boleh join, tapi bukan semua berbaloi. Anda kena pandai cari program affiliate yang memberi anda komisen yang berpatutan di samping produk yang Hot Market.

Ok jumpa lagi dalam Siri ke 3.

Ikhlas,

RAHMAT MD NOOR

 

Sekiranya artikel ini bermanfaat dan anda tahu ianya dapat membantu rakan-rakan anda yang lain, sila tekan butang SHARE di bawah dan kongsikan kepada sesiapa sahaja untuk manfaat bersama.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *