Autoresponder

      No Comments on Autoresponder

Salah satu langkah paling penting yang anda akan ambil sebagai seorang email marketer ialah memilih penyedia autoresponder.

Dengan servis autoresponder seperti www.GetResponse.com dan www.Aweber.com, anda boleh memiliki senarai-senarai emel yang tidak terhad, setiap satunya mempunyai kod yang boleh diubahsuai dan dijadikan borang opt-in anda.

 

 

Dengan mengkategorikan senarai-senarai emel anda, anda boleh mengubahsuai kandungan emel supaya ianya bersesuai dengan penerima emel tersebut, jika masing-masing mempunyai minat yang berbeza-beza terhadap topik atau maklumat tertentu.

Terdapat banyak sebab kenapa anda memerlukan akaun autoresponder profesional dan ia adalah salah satu komponen penting dalam Perniagaan Internet :

  1. Penghantaran Lebih Terjamin–Penghantaran email kepada semua prospek anda adalah lebih terjamin servis autoresponder profesional, anda tidak perlu bimbang emel anda tidak sampai kepada penerima.Sudah menjadi tanggungjawab para penyedia autoresponder profesional untuk memastikan kepuasan anda dan membantu menghubungkan anda dengan para subscriber dengan efektif.
  2. Mengawal Senarai Emel dan Membantu Anda Menguruskan Pelanggan – Penyedia autoresponder profesional kerap menyimpan database anda jadi anda tidak perlu risau jika berlaku apa-apa masalah kelak.Ini adalah amat penting kerana sudah tentu anda tidak mahu segala penat lelah anda mengumpul senarai emel sia-sia jika berlaku apa-apa kehilangan.

Penyedia servis autoresponder anda juga akan mengendalikan semua permintaan untuk subscribe, secara tidak langsung membantu anda mengelakkan diri dari dituduh sebagai ‘Spammer’ atau melanggar aktaSpam dan juga membolehkan anda menulis seberapa banyak mesej-mesej newsletter yang anda mahu serta menentukan waktu dan tarikh anda mahu ianya dihantar.

  1. Menyediakan Data dan Statistik Yang Penting untuk Membantu Anda Berkomunikasi dengan Subcriber dengan Lebih Baik – Jika anda berminat untuk memaksimumkan kadar tindakbalas pengkalan pelanggan, anda perlu memaksimumkan penggunaan kelebihan-kelebihan yang ada dalam akaun autoresponder anda termasuklah kadar emel anda dibuka (open rate), kadar respon dan mengetahui ada atau tidak rungutan dari para subscriber terhadap emel-emel yang anda hantar tersebut.

Memerhatikan perkembangan pengkalan subscriber anda dan mengetahui bagaimana mereka bertindakbalas terhadap broadcast anda akan membantu meningkatkan mutu mailing dan memajukan lagi kempen yang anda jalankan dan ini bermakna mengukuhkan lagi hubungan dan cara anda berkomunikasi dengan mereka.

NOTA PENTING:Adalah sukar untuk menukar penyedia autoresponder jika sekirannya anda telah lama menggunakan penyedia yang sedia ada. Ini kerana para subscriber anda terpaksa mendaftar sebagai subscriber anda sekali lagi jika mereka ingin terus menerima broadcast dari anda.

Anda harus ingat perkara ini apabila mula membina senarai emel anda dan memilih akaun autoresponder profesional yang betul. Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah – memilih autoresponder yang betul agar anda tidak kehilangan subscriber dalam perataus yang tinggi apabila membuat keputusan untuk menukar autoresponder!

 

Jumpa lagi.

Rahmat Md Noor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *