Asas Perniagaan Internet

      No Comments on Asas Perniagaan Internet

Hai.

Ramai yang bertanya kepada saya sama ada secara direct atau pun secara emel dan PM.

Mereka bertanya mengenai bisnes apa yang saya sedang buat. Ada juga yang tanya macam mana nak join bisnes ni?  Pendek kata mereka minta saya kongsi kepada kepada mereka mengenai bisnes yang saya buat kerana mereka juga boleh join saya jika berminat.

Mungkin mereka anggap bisnes saya ni seperti MLM atau yang sewaktu dengannya. 

Baiklah, hari ni saya nak beri pencerahan asas mengenai bisnes internet. Saya akan cuba gunakan bahasa yang mudah agar semua boleh faham. Bisnes internet ada banyak cabang nak ranting yang boleh kita ambil salah satu sebagai sumber pendapatan kita. 

Apa yang saya maksudkan dengan bisnes internet ini adalah 100% menggunakan internet sebagai medium pemasaran.

Tak kira apa produk atau servis pun anda lakukan, anda wajib beralih dari pemasaran cara lama kepada pemasaran cara baru iaitu pemasaran atas talian. 

Sama ada anda jual krim muka, sabun, perfume, tupperware, tudung, buku, jam, kerepek atau anda buat servis, katering, photographer, wedding planner, tukang jahit, tukang gunting, apa saja bisnes anda. Anda wajib beralih ke pemasaran digital yang mampu mencapai sasaran pelanggan anda lebih luas dan pentas.

Kalau dulu flyers, banner, akhbar, tv, radio dan majalah digunakan untuk medium pengiklanan, tapi sekarang zaman dah berubah. Kecanggihan teknologi telah merubah strategi pemasaran.

Iklan di TV telah jatuh harga. Tak pernah lagi berlaku sebelum ni tapi dah berlaku yang mana pihak TV terpaksa buat promosi untuk menarik dan ‘memanggil-manggil’ kembali pengiklan-pengiklan supaya beriklan di channel mereka. Ini realiti sekrang.

Siapa yang cepat bertindak, dia lah yang akan mendahului pesaing. Perang iklan bukan lagi di tv atau surat khabar, tapi telah bertukar ke channel alaf baru, iaitu media-media sosial.

Dengan teknik dan strategi pemsaran digital yang betul, kedai-kedai yang duku sepi boleh membuat rarusan oorang beratur untuk membeli. Kedai-kedai makan yang dulu lengang, boleh menjadi fenomena secara tiba-tiba dek penangan pemasaran di media sodial.

Jika anda masih bekerja makan gaji dan mahu menambah pendapatan sampingan, ada beberapa jenis bisnes yang anda boleh pilih untuk lakukan. Seperti yang saya sebutkan tadi, di internet ada banyak cabang perniagaan yang boleh anda buat.

Sudah tentu lah anda harus pilih perniagaan yang memudahkan anda yang tidak perlu ‘makan’ banyak masa anda.

Antara pilihan yang saya ingin sebutkan;

  • Bisnes dropship
  • Bisnes affiliate

Atau bisnes perkhidmatan yang boleh buat di rumah secara sambilan, seperti  designer, video editing, ghost writing, dan lain-lain.

Kalau perkhidmatan yang saya sebutkan di atas, sudah tentu anda perlu ada kemahiran dan bakat tertentu seperti designer, video editing, penulis upahan dan sebagainya.

Pilihan terbaik untuk anda yang tiada produk atau bisnes adalah bisnes dropship. Anda faham ke konsep bisnes dropship? Bisnes dropship ni memang kita tak perlu simpan barang pun. Kita cuma perlu buat pemasaran kita sendiri untuk promosikan produk dropship yang kita jual tu. Cthnya seperti krim muka, pakaian, perfume, dan lain-lain. Jadi kita tak perlu nak pos-pos barang. Owner produk yang akan poskan barang kepada pelanggan anda.
Senang ke senang?

Tapi masalahnya produk dropship adalah produk fizikal. Pasti akan timbul masalah jika produk tak sampai kepada pelanggan anda misalnya. Atau Jika owner produk dropship tu menipu anda. Atau produk dropship tu tidak berkualiti. Nama anda pasti akan terjejas juga. Masalah juga.

Jika semua masalah abis nak jual apa?

Ok…inilah yang saya nak share dengan anda. Apa yang saya buat dan apa yang saya ajar dalam kelas adalah berkaitan bisnes ini lah.
Siapa yang ramai tanya dan pm saya tu inilah dia yang saya nak beritahu.

Bisnes apa tu?

Bisnes Affiliate.

Apa yang saya ajar dan buat kelas coaching, adalah mengenai Bisnes Affiliate lah. Bisnes Affiliate lebih mudah dari Bisnes Dropship dan zero risiko malah sangat sesuai untuk anda yang masih bekerja dan nak tambah pendapatan dari rumah. Bisnes Affiliate tu macam mana?

Ok saya akan jelaskan lebih lanjut apa dia Bisnes Affiliate tu dalam next posting saya.

Sekian.

RAHMAT MD NOOR

 

Jika anda rasa artikel ini dapat beri manfaat kepada ramai orang terutama rakan-rakan anda, sila share melalui butang share di bawah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *