Apa Dia MRR?

Apa Dia MRR?

Kali ini saya nak terangkan apa dia produk MRR?

MRR bermaksud Master Resale Right. Lesen MRR bererti anda boleh Jual Produk tersebut beserta dengan Lesen sekali.

Contohnya jika anda dapatkan produk MRR. Anda boleh jual produk tersebut dengan lesen jualan semula.

Pembeli produk anda boleh jual semula produk itu.

Ok bezanya seperti ini ;

Jika produk PLR, anda beli dan ubah keseluruhan produk itu jadi milik anda dan jual semula.

Jika produk RR, anda beli dan anda boleh jual semula tanpa boleh mengubah apa-apa kecuali yang dibenarkan sahaja.

Produk MRR pula, anda beli dan anda jual produk beserta lesen jual semula tetapi tidak boleh mengubah apa-apa kandungan kecuali yang dibenarkan sahaja.

Haa nampak? jelas kan?

Ini adalah produk digital yang paling mudah untuk anda jual dan kaut keuntungan 100%.

Jika anda tiada masa menulis, tiada idea meghasilkan produk digital sendiri, cubalah cara ini..

Kesannya lebih besar, kerana anda boleh pilih produk yang telah ada market dan terbukti boleh jual.

Esok saya akan share bagaimana nak buat income besar dengan hanya menjual produk digital dari rumah.

 

Rahmat
Usahawan Internet Profesional

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *